Pages

Sunday 26 January 2014

Teringin sangat nak buat pavlova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tetiba saya rasa teringin nak makan pavlova..teringin jugak nak buat...
tapi...
hurmmmmmmmmmm
takut xmenjadi...



selepas terbaca resepi dekat blog cik epal ni,
siap ada step by step instuction lg ok (^_^) - feeling sangat2 happy
rasa macam mudah pulak nak buat pavlova...
hurmmmm, sedapnyer...
kat sini saya kongsikan resepi yang saya copy paste dari blog di atas...

selamat mencuba yer semua (*_*)
saya pun nak cuba buat esok..kita tengok lah apa hasilnyer nanti...
yehaaaaaaaaaaaaa

PAVLOVA

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka

Kaedah:

Putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sikit sambil diputar.
Putar hingga putih telur memutih gebu dan menjadi meringue yang sedikit berat.
*maksud berat tu saya akan putar sehingga putih telur tu pekat. Tapi jgn overmix pulak.
Kemudian ayakkan terus tepung jagung ke dalam adunan meringue.
Pukul sebati. Dan akhirnya masukkan esen dan cuka. Pukul lagi sebati.
Saya masukkan adunan ke dalam piping bag.
Kemudian saya pipekan terus ke atas loyang pembakar.
Bakar pada suhu 140/150c ikut oven masing2 selama 1 jam ke 1 jam 30 minit.
Bila Pavlova dah nampak kekuningan bermakna pavlova dah cukup masak.
Biarkan sebentar pavlova di dalam oven.
Kemudian boleh dikeluarkan dan biar betul2 sejuk.


Krim:
1/2 cawan whipping krim.

Saya guna jenama rich. Putarkan sehingga kental dan pipekan ke atas base pavlova tadi.


Buah-buahan segar:
Strawberry. Kiwi. Anggur. Blueberry. Mangga. Epal hijau.

Setelah krim di pipe ke atas base pavlova bolehlah ditabur buahan segar.



Penyimpanan: Disimpan di dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment