Pages

Thursday 10 January 2013

Makhluk Allah yang sentiasa berzikir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Terasa kedamaian dan ketenangan apabila melihat betapa indahnya pemandangan ciptaan Ilahi.... SubhanAllah...Mendengar kicauan burung, deruan ombak, deruan air sungai, hempasan air terjun, deruan bayu menghembus dedaunan serta, apabila mendengar suara unggas dan serangga, kita berasa tenang. sangat tenang....





Ketahuilah, bahawa semua makhluk Allah itu sedang bertasbih memuji Allah SWT..





“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr : Ayat 1)

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”Surah Al Israa’ : Ayat 44.


Mudah-mudahan kita sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada allah SWT. Hebatnya Allah yang sentiasa dipuja dan dipuji oleh seluruh makhluk. SubhanAllah.

No comments:

Post a Comment