Pages

Wednesday 22 January 2014

Authentic Coach vs Fake Coach

Ini antara tips untuk membezakan antara Original/Authentic Coach & Bukan Original (fake) :-
 

1. Seperti yang korang sedia maklum, Coach kebiasaannya menggunakan signature 'C' untuk sebarang keluaran begnya. So, korang boleh perhatikan huruf 'C' pada Coach yang tidak ori (fake) selalunya tidak bercantum/selari pada setiap sambungan/jahitan kemasannya. Lain pulak, dengan Coach yang ori, dimana setiap 'C'nya akan bercantum walaupun pada bahagian sambungan.






2. Setiap susun atur 'C' pada Coach tidak ori (fake) hanya memaparkan satu/single corak 'C' untuk setiap arah. Tetapi untuk Coach ori ianya melibatkan dua/double corak 'C' bagi setiap arah.





3. Adakalanya Coach tidak ori (fake) menggunakan huruf yang seakan-akan dengan 'C' sebagai contoh huruf 'O' ataupun 'G'. Jadi telitikan perkara ini sewaktu korang membelinya.







4. Perhatikan juga Sleeper Bags atau Dust Bags yang biasanya disertakan sekali apabila korang membeli beg Coach. Dust bags bagi Coach yang ori sepatutnya berwarna coklat gelap dengan tali yang berwarna merah dengan perkataan Coach di atasnya.






5. Tag berlogo Coach (yang biasanya ada rantai besi bersambung padanya) untuk Coach ori, ianya mestilah sepadan dengan warna beg Coach tersebut dan bukan diperbuat dari plastik keras. Malah logo Coach yang dipamerkan padanya juga adalah timbul (stamped) dan bukan sekadar dicop pada bahagian atasnya. Walaubagaimanapun ada sesetengah beg Coach tidak disertakan sekali dengan tag logo ini mengikut design tertentu, jadi korang kenalah buat research/kajian mengenai beg yang korang inginkan tu sebelum membelinya.




6. Nombor siri (serial number) untuk setiap beg Coach yang ori ada dipaparkan di bahagian dalam beg Coach, yang penting korang kena pastikan terdapat 4 nombor selepas tanda sengkang/dash. Tulisannya juga hendaklah berhuruf besar, timbul dan mestilah berbahasa Inggeris *kalau bahasa melayu, kompom tak ori tu kehkehkeh*.





7. Selain itu, korang boleh menilai sendiri bagaimana rupa beg Coach yang tak ori (fake) berdasarkan pada kekemasan jahitannya, keadaannya yang tidak kukuh/tegap, pengunaan material yang murah, terdapat lebihan gam pada bahagian tertentu dan gaya beg itu sendiri yang tidak memaparkan ciri-ciri original *chewah~ :P*


 

No comments:

Post a Comment