Pages

Friday 10 January 2014

TIPS DALAM MENGURUSKAN KERJA DAPUR(PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI)

TIPS FROZEN LAUK


Sayur herba- halia, kunyit hidup, lengkuas - wrap dengan cling wrap. masukkan di dalam petiais, halia sekiranya dalam kuantiti yang banyak besar , potong bahagian yang hendak di guna untuk 2,3 hari, sebahagian lagi di wrap cling.
Sayur berdaun - Bila balik dari pasar, keluarkan semua sayur-sayur ini biar sebentar wap panas keluar. Bila dah sejuk bungkus dengan surat khabar. Baru masukkan dlm peti sejuk. Kalau balik pasar terus masuk dlm fridge nanti sayur akan berwap — membuatkan dia cepat kuning. Kemudian- potong siap2, jangan basuh/bilas, simpan dalam container plastik tupperware, plastik ware , letak di dalam peti, InsyaAllah bole tahan sehingga seminggu, kadang2 lebih.
Ikan - siang, cuci bersih ,kalau ikan tak cuci/siang nanti darah dia menodai badan dan mata — akhirnya ikan nampak tak cantik dan simpan dalam bekas yg sesuai, plastik pun boleh,pastu letak asam keping atau belimbing. Satu bekas untuk sekali masak,supaya nanti tak perlulah nak keluar dan rendam/thaw ikan banyak2 sekali gus padahal nak masak 2 ekor.Untuk segarkan ikan yang dibeku ,rendam dalam susu segar 15 minit.




Seafood- Udang basah seperti biasa ,kemudian gaul udang tersebut dengan gula kasar rata-rata setelah membersih dan membuang kulitnya. Kemudian simpan udang itu dalam peti sejuk.
Ayam- kalau nak simpan ayam seekor , asingkan dahulu organ bahan dalam macam hati, pedal, masukkan dalam plastik, kerana bahagian2 ini boleh mengeras bila berada dalam perut ayam..kalau di potong, bersihkan dan  asingkan bahagian tulang dan isi / dipotong kecil-kecil (persedian bihun goreng ) senang hendak dibawa keluar nanti.




Daging - boleh tahan lama di dalam peti dibungkus dengan plastik kedap longgarkan ikatan atau foil seperti pic diatas boleh tahan selama 2bulan, kemudian potong (besar2 pun takpe) tanpa cuci mengikut keperluan masakan. simpan seperti ikan /ayam tadi.





Telur- kalau yang sudah di pecahkan boleh juga dibekukan dengan masukkan sedikit  gula / garam..mengikut quantity telur,simpan di dalam bekas (tupperware).Jangan isi terlalu penuh.



Perencah / cili kisar
- gunting cili  kering  2 cm panjang…..kemudian  goncangkan  penapis biar biji cili jatuh..kemudian barulah di cuci.. masukkan air..masak diatas api tunggu  mendidih. Angkat dan toskan, sambil tu buang saki baki biji cili yang ada, kemudian blender,.kalau nak sediakan campur bawang..boleh kisar bersama bawang… pindahkan ke dalam bekas kecil-kecil seperti gambar diatas  kemudian bekukan boleh tahan berbulan-bulan..

untuk maklumat yang lebih lanjuk, boleh klik dari link ni yer : http://rosemahiza.blogspot.com/p/tips-frozen-lauk.html?m=1

No comments:

Post a Comment